Pengangkutan darat Pengangkutan_di_Perak

Perak dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Tanjung Malim di selatan merentasi Ipoh sehingga ke Parit Buntar di utara. Selain itu, Lebuhraya Timur-Barat turut merentasi Grik. Terdapat juga Laluan Persekutuan yang selari dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, Laluan Utara-Selatan KTM Antarabandar juga merentasi Perak. Stesen keretapi Ipoh dikatakan stesen kereta api tercantik di negara ini selepas Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Landasan Berkembar Ipoh-Rawang dan Ipoh-Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Perak. Seperti di negeri-negeri lain, di Perak juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama berpusat di Medan Gopeng Ipoh yang telah ditukar dari Medan Kidd.